Thursday, February 3, 2011

Belajar Buat Blog ...

 Ingin Belajar Buat Blog?

Tahukah anda...

Di negara ini, tiada undang-undang
secara khusus boleh digunakan untuk
mengambil tindakan terhadap blogger
dan blog.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab
menyelia infrastruktur sesebuah laman
web dan bukan memantau laman web yang
menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
membolehkan individu yang menyalahgunakan
Internet bagi menyebarkan kandungan
yang bersifat palsu, mengancam atau
yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948,
Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan
boleh digunakan terhadap mereka
yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, berhati-hatilah ya dalam
berblogging. Tapi kalau tidak melibatkan
sebarang kesalahan kenapa perlu takut.
Ya tak?...

Tapi, sudah ada beberapa kes blogger di
negara ini yang disaman kerana tulisan
mereka.

Contohnya, keputusan Mahkamah Tinggi
Alor Star supaya pengendali blog Malaysia
Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar
ganti rugi RM4 juta kepada Universiti
Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya,
Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana
memfitnah melalui artikel disiarkan
dalam blognya pada 2006 adalah antara
kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan
jawapan terhadap persoalan ini.

Menubuhkan polis siber seperti di
sesetengah negara juga bukan
penyelesaian terbaik.

Sebaiknya, pada pandangan saya
harus ada kerelaan daripada blogger
untuk bekerjasama dengan kerajaan
membangunkan kod etika yang boleh
diguna pakai di Malaysia.

Lebih baik ada sikap kawal selia diri
di kalangan blogger berbanding pihak
lain yang memaksanya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...